NOTIS PRIVASI

Untuk tujuan Notis Privasi ini, “Funding Societies” atau “kami” merujuk kepada Modalku Ventures Sdn Bhd, FS Capital Sdn Bhd, FS Technologies Pte. Ltd. dan syarikat sekutunya yang berkaitan dan “anda” bermaksud individu atau entiti undang-undang yang kepadanya Notis Privasi in terpakai

Di Funding Societies, kami menghormati data peribadi anda dan kami berusaha untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi. Keselamatan data peribadi anda penting kepada kami dan kami akan mengambil langkah fizikal, teknikal dan langkah yang teratur yang sesuai untuk memastikan keselamatan dan kesulitan data peribadi anda. Notis Privasi ini menggariskan bagaimana Funding Societies mengumpul, menggunakan, memelihara dan mendedahkan data peribadi anda berhubung dengan perkhidmataan kami dan bagaimana Funding Societies melindungi data peribadi anda.

1. Pengumpulan Data Peribadi
Anda mungkin diminta, mungkin telah membekalkan dan mungkin terus dari masa ke semasa diminta, untuk memberi maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat untuk membuktikan identiti anda, nama, latar belakang (termasuk gambar), alamat, nombor telefon, emel, alamat IP, sistem pengendalian, jenis pelayar internet, butir hubungan, data kewangan, maklumat kredit, rakaman audio, data yang diperoleh apabila anda memohon atau berinteraksi dengan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami seperti data pengiklanan dan pemasaran, data analitik, pemperibadian produk dan data fungsi aplikasi, data ranap system dan maklumat lain (“Data Peribadi”). Kami boleh mengumpul dan mendapatkan Data Peribadi daripada anda atau daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyerahan yang sama apabila anda memohon sebarang produk dan perkhidmatan kami; daripada hubungan anda dengan kami; daripada rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis kami; daripada apa-apa analisis pengunaan dan pengurusan akaun/fasiliti anda dengan kami; daripada sumber awam dan pendaftaran awam yang tersedia; daripada pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan/atau agensi penguatkuasaan undang-undang; daripada pihak ketiga atau sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk mendedahkan yang sama dan/atau jika tidak selainnya terhad; daripada mesyuarat, acara, seminar, persidangan, ceramah, road show, kaji selidik yang dianjurkan atau ditaja oleh pihak kami; dan/atau daripada maklumat yang dibekalkan dan/atau dikumpul apabila anda melayari laman web kami, termasuk penggunaan peranti mudah alih anda atau alamat IP computer atau daripada maklumat yang dikumpul melalui cookies di beberapa laman web kami. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, data interaksi produk atau data ranap sistem yang dioleh tidak dipautkan kepada identiti pengguna dan tidak kan digunakan untuk tujuan penjejakan. Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak membekalkan Data Peribadi anda kepada kami, namun harap maklum bahawa kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi anda kepada kami mungkin akan mengakibatkan Funding Societies tidak dapat menyediakan produk atau perkhidmatan kami kepada anda.

2. Pengunaan Data Peribadi
Sepanjang pengunaan perkhidmatan kami, kami boleh menggunakan, memproses, dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan yang berikut di dalam/atau di luar Malaysia (“Tujuan yang Dibenarkan”):-

  1. untuk menilai dan memproses permohonan anda untuk produk dan/atau perkhidmatan kami;              

  2. untuk tujuan komunikasi dengan anda termasuk menjawab sebarang pertanyaan dan/atau aduan anda dan menyelesaikan sebarang pertikaian;

  3. untuk mengurus dan memelihara akaun anda/kemudahan anda dengan kami;

  4. untuk menjalankan penilaian kredit untuk mengesahkan kelayakan kredit/kewangan anda dan untuk membantu institusi kewangan yang lain untuk menjalankan pemeriksaan credit;

  5. untuk menilai keperluan kewangan anda;

  6. untuk menggunakan yang sama untuk pakatan strategic, jualan silang, pemasaran dan promosi;

  7. untuk memelihara sejarah kredit anda untuk rujukan sekarang dan masa hadapan;

  8. untuk mengesan jenayah atau penipuan, dan menggunakan dan mendedahkan yang sama untuk tujuan penyiasatan, pencegahan, pendakwaan dan pematuhan terhadap sekatan, termasuk know your customer (KYC) dan tujuan penyaringan politically exposed persons (PEP) secara berkala;

  9. untuk membalas kepada syarat-syarat keperluan proses undang-undang sivil atau jenayah dan/atau untuk tujuan pematuhan peraturan dan/atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan;

  10. untuk mengutip apa-apa hutang yang perlu dibayar atau terhutang dan melaksanakan tanggungjawab anda kepada kami;

  11. untuk menggunakan dan mendedahkan perkara yang sama untuk penyelidikan pemasaran dan analisis statistik dan kaji selidik dengan matlamat untuk meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan kami dan pembangunan produk;

  12. untuk memberi anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami dan pihak ketiga yang mungin menarik minat anda;

  13. untuk membandingkan maklumat/data untuk tujuan ketepatan rekod kami, dan untuk mengesahkan yang sama dengan pihak ketiga;

  14. untuk menggunakan yang sama untuk penyelidikan, reka bentuk, dan peningkatan produk dan perkhidmatan kami, proses operasi dan perniagaan;

  15. untuk menyokong perniagaan, kewangan dan pemantauan risiko, perancangan dan membuat keputusan;

  16. untuk mengendali aduan dan pertanyaan;

  17. untuk menggunakan dan mendedahkan yang sama untuk audit, pematuhan dan pengurusan risiko;

  18. untuk memindahkan atau menetapkan hak dan kewajipan kami di bawah mana-mana terma dan syarat yang mentadbir hubungan kami dan anda;

  19. untuk menggunakan yang sama untuk khidmat luaran perniagaan dan operasi backroom;

  20. untuk menggunakan dan mendedahkan yang sama atas sebab keselamatan;

  21. untuk memindahkan Data Peribadi anda ke bidang kuasa asing untuk membolehkan apa apa urus niaga merentas sempadan, untuk pelaksanaan kontrak, untuk tujuan prosiding undang-undang, atas permintaan bertulis daripada pihak berkuasa atau pihak berkuasa atau badan pengawalseliaan asing, untuk melindungi kepentingan penting anda atau di mana ia adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian; dan/atau

  22. bagi apa-apa maksud lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang undang, peraturan, perintah dan/atau garis panduan.

3. Pendedahan Data Peribadi
Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami akan kekal rahsia pada setiap masa. Tetapi, untuk memberi anda produk dan perkhidmatan yang berkesan dan berterusan tertakluk kepada mana-mana undang-undang, peraturan dan garis panduan dan untuk Tujuan yang Dibenarkan, kami mungkin perlu mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut:

  1. ejen, syarikat induk, anak syarikat, sekutu dan syarikat bersekutu Funding Societies;

  2. penasihat professional, kontraktor, penyedia perkhidmatan, agensi pengutip hutang, dan ejen lain kami yang mempunyai perjanjian kontrak untuk beberapa fungsi dan perkhidmatan kami;

  3. biro kredit, agensi pelaporan kredit, agensi rujukan kredit, agensi penarafan, penanggung insurans dan/atau broker insurans;

  4. penyedia perkhidmatan kewangan berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang anda ada bersama kami;

  5. mana-mana peserta sebenar atau yang berpotensi atau pemegang serah haka tau penerima pindahan hak dan/atau kewajipan kami di bawah sebarang transaksi antara kami dan anda;

  6. mana-mana penjamin atau pembekal keselamatan untuk produk dan/atau perkhidmat yang kami berikan kepada anda;

  7. mana-mana pihak berkuasa atau pengawal selia, termasuk pengawal selia asing untuk melaksanakan fungsi mereka, atau mana-mana pihak yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang atau mana-mana kerajaan, kuasi-kerajaan, pentadbiran, mahkamah atau tribunal;

  8. rakan strategik/perniagaan yang mempunyai hubungan dengan kami untuk produk dan perkhidmatan tertentu;

  9. mana-mana pihak yang terhubung dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana mana hak kami di bawah perjanjian anda dengan kami; dan/atau

  10. mana-mana pihak yang diberi kuasa dan/atau disetuju oleh anda.

4. Perubahan pada Data Peribadi
Anda berhak mengulas Data Peribadi yang dikumpul oleh kami mengenai anda dan meminta pembetulan kepada Data Peribadi tersebut. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Data Peribadi anda atau jika anda percaya bahawa Data Peribadi anda yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hantarkan permintaan anda kepada Pegawai Data kami ([email protected]) dan catatkan nama dan nombor NRIC/nombor passport/nombor syarikat, butiran permintaan anda, bersama-sama dengan dokumen sokongan. Bayaran mungkin akan dikenakan untuk perkhidmatan ini. Kami akan membetulkan atau mengemaskini maklumat/data anda secepat mungkin. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pegawai Data boleh meminta maklumat atau dokumen lanjut daripada anda untuk mengesahkan identity anda dan kesahihan permintaan yang dibuat dan apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengan pembetulan yang diminta.

5. Pemadaman Data Peribadi
Persetujuan yang telah anda berikan kepada kami untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda akan tetap sah sehingga anda menarik balik persetujuan yang sama melalui arahan bertulis. Kami membenarkan anda untuk memadam Data Peribadi anda (kecuali maklumat yang harus dikekalkan oleh kami untuk mematuhi keperluan undang-undang atau pengawalseliaan, tujuan penyimpanan, atau jika terdapat alasan yang sah di bawah undang-undang untuk berbuat demikian, seperti tuntutan undang-undang dll.) dari pangkalan data kami atau meminta kami untuk menghentikan pemprosesan semua atau sebahagian daripada Data Peribadi anda dengan memberikan arahan bertulis kepada Pegawai Data kami. Kami akan memerlukan jangka masa yang munasabah untuk memproses notis arahan bertulis yang sedemikian. Harap maklum bahawa selepas kami memadam Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memberikan tahap perkhidmatan yang sama kepada anda kerana kami tidak lagi menyimpan tetapan pilihan anda.

Kami berhak untuk mengambil tindakan yang perlu sekiranya kami merasakan bahawa pemadaman atau pemberhentian itu akan menjejaskan penyediaan produk dan perkhidmatan kami atau memenuhi kewajipan kami dengan baik. Ini termasuk hak kami untuk menolak untuk menyediakan atau menghentikan sebarang kemudahan, produk atau perkhidmatan kami kepada anda.

Sekiranya anda telah meminta supaya kami mengalih keluar atau menghentikan penggunaan Data Peribadi anda yang telah kami umumkan kepada awam dan dimana terdapat alasan yang sah untuk pemadaman atau pemberhentian tersebut, kami akan menggunakan langkah yang munasabah dan kos efektif untuk memberitahu pihak ketiga yang memaparkan Data Peribadi anda atau menyediakan pautan untuk memadam yang sama.

6. Pemindahan
Anda mempunyai hak untuk menerima Data Peribadi anda yang telah dibekalkan kepada kami dalam format berstruktur, yang biasa digunakan dan boleh dibaca oleh mesin dan anda mempunyai hak untuk meminta kami memindahkan Data Peribadi tersebut kepada pihak lain. Sekiranya anda ingin memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak lain, kami hanya boleh melakukannya di mana secara teknikal ia boleh dilaksanakan. Kami tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan Data Peribadi atau pemprosesan yang sama setelah diterima oleh pihak ketiga. Kami mempunyai hak untuk menolak pemindahan anda jika pemindahan tersebut akan menggangu hak orang lain (mis. sekiranya pemindahan Data Peribadi tersebut akan mendedahkan maklumat orang lain).

7. Profiling
Kami boleh memproses sebahagian data anda secara automatik, dengan matlamat menilai aspek peribadi tertentu (profiling). Sebagai contoh, kami mungkin akan menggunakan profiling itu atas keperluan undang-undang dan peraturan tertentu, untuk melawan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, penipuan, penilaian terhadap risiko dan kesalahan yang boleh minimbulkan bahaya kepada aset-aset.

8. Pertanyaan dan Aduan
Anda mempunyai hak untuk membantah pada bila-bila masa pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, dan profiling berkaitan dengan pemasaran langsung setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia, dan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan yang Dibenarkan. Sebarang pertanyaan, permintaan, kebimbangan, aduan atau pelaksanaan hak anda berkaitan dengan penggunaan Data Peribadi anda boleh ditujukan kepada Pegawai Data melalui yang berikut:

Pegawai Data
(Customer Experience)
Tel: 03 2242 1018
E-mel: [email protected]

Dengan memohon, menggunakan atau terus menggunakan perkhidmatan kami, termasuk apa-apa hubungan kontrak lain yang mungkin anda ada dengan kami, anda akan dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma Notis Privasi ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma-terma di sini, sila hubungi kami melalui butiran perhubungan seperti yang tercatit di atas.

9. Perubahan kepada Notis Privasi
Harap maklum bahawa kami boleh mengemaskini Notis Privasi ini dari masa ke semasa melalui penyiaran di laman web kami. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web kami secara berkala untuk sebarang kemas kini atau versi Notis Privasi kami yang terkini. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami atau hubungan yang berterusan antara kami dan anda akan dianggap sebagai penerimaan sebarang kemas kini, penyemakan atau pindaan yang dibuat kepada Notis Privasi kami.

10. Bahasa
Notis Privasi ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara dua versi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

11. Persetujuan dan Pengakuan
Dengan membekalkan kami Data Peribadi anda, anda dengan ini membenarkan penggunaan, pemprosesan dan/atau pendedahan Data Peribadi anda mengikut Notis Privasi ini. Jika anda merupakan sebuah syarikat di mana anda telah menyediakan/mendedahkan Data Peribadi pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah anda, pemegang saham individu, pekerja, penandatangan yang diberi kuasa, ejen, wakil atau sebaliknya, anda dengan ini mewakili dan memberi jaminan kepada kami bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka dan berhak untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami untuk digunakan, diproses dan/atau didedahkan mengikut Notis Privasi ini.

12. Dasar Cookies
Sebagai sebahagian daripada proses pengumpulan data, Funding Societies boleh menggunakan Cookies dan mana-mana teknologi lain yang serupa untuk mengumpul maklumat anda apabila anda melawati atau menggunakan laman web kami https://fundingsocieties.com.my/ termasuk rangkaian lain seperti applikasi mudah alih (secara kolektif dipanggil “Laman Web”) sebagai sebahagian daripada penambahbaik Laman Web kami dan pengalaman anda dalam menggunakan Laman Web kami.

Pengunaan Cookies Untuk Pengumpulan Data

Apa itu Cookies?
Cookies adalah sejenis fail dalam bentuk teks. Cookies dicipta oleh server apabila pengguna mengakses Laman Web dan server merekodkannya dalam pelayar web anda. Kandungan cookies tersebut boleh disemak dan dibaca oleh server yang mencipta Cookies tersebut dan kandungan tersebut akan dikembalikan ke Laman Web dalam setiap akses. Cookies terdiri daripada maklumat yang boleh dikenal pasti, nama, laman web, nombor dan huruf yang mengumpulkan maklumat tentang tingkah laku anda dan pilihan pilihan yang dilakukan dalam pelayar web.

Kebanyakan pelayar web menyokong Cookies, bagaimanpun, anda boleh melaraskan tetapan pelayar web anda untuk menghentikan penggunaan Cookies atau penghantaran maklumat beberapa jenis Cookies dan/atau memadamkan maklumat yang terkandung pada Cookies pada bila-bila masa.

Mengapakah Cookies Digunakan?
Funding Societies menggunakan Cookies di Laman Web untuk mengumpul maklumat daripada pelawat dan pengguna Laman Web supaya kami dapat memahami tujuan penggunaan dan hubungan anda dengan kandungan di Laman Web kami untuk pengurusan yang lebih baik dan peningkatan pengalaman pengguna.

Apakah Jenis Cookies Yang Digunakan Oleh Funding Societies?
Semasa mengakses atau melawat Laman Web kami, anda mungkin mendapati kami menggunakan jenis Cookies berikut:

  • Cookies untuk Pengiklanan
    Cookies untuk pengiklanan direkodkan pada pelayar web anda oleh server iklan untuk tujuan mempersembahkan dan mengiklankan produk dan perkhidmatan kepada anda. Server iklan menggunakan Cookies jenis ini untuk mengumpul maklumat anda apabila anda mengakses Laman Web dan memilih pengiklanan yang tepat untuk dicadangkan kepada pelayar web anda. Ia juga boleh mengumpul maklumat sama ada iklan tersebut dilihat oleh anda atau tidak. Cookies boleh menggunakan maklumat yang dioleh daripada online newsletter dan konten yang dikumpul daripada server untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang pengguna dan memenuhi tujuan pelarasan Laman Web dan kempen pengiklanan yang sesuai dengan minat anda.

  • Cookies untuk Analisis Prestasi
    Cookies untuk analisis prestasi mengesan perkara yang dilihat oleh pengguna/pelawat Laman Web dan cara pengguna/pelawat bertindak balas terhadap Laman Web tersebut. Cookies jenis ini mengumpul maklumat yang membolehkan Funding Societies mengetahui aspek prestasi dan ciri dalam Laman Web yang baik, serta aspek prestasi dan ciri yang harus diperbaiki untuk Laman Web berfungsi dengan lebih baik. Cookies jenis ini membantu Funding Societies untuk mengukur prestasi seperti memproses bilangan aktiviti yang digunakan oleh anda, bilangan aspek khusus kumpulan pengguna tersebut yang mana maklumat tersebut akan digunakan untuk menganalisis gelagat pengguna/pelawat.

  • Cookies Kekal
    Cookies Kekal diperlukan dalam Laman Web agar Laman Web kami berfungsi dengan normal. Sekiranya tiada Cookies yang letakkan di dalam Laman Web oleh pemilik Laman Web, atau anda memilih untuk Cookies berhenti berfungsi pada pelayar web anda, ia akan memberi impak kepada Laman Web untuk berfungsi seperti biasa.

  • Cookies untuk Rekod Prestasi dan Tetapan Tersuai Pengguna
    Cookies jenis ini digunakan untuk Laman Web merekodkan pelawat/pengguna di Laman Web termasuk tetapan yang dipilih oleh pelawat/pengguna. Cookies ini digunakan untuk merekodkan viewed history Laman Web yang dibuat oleh pelawat/pengguna dan merekodkan ketetapan dan keutamaan pengguna setiap kali mereka melawat Laman Web tersebut. Jika mereka melawat semula Laman Web tersebut, tetapan itu tidak akan ditetapkan semula, contohnya, tetapan Bahasa atau size huruf yang ditunjukkan di Laman Web.

  • Cookies Keselamatan
    Cookies ini digunakan untuk mengenal pasti dan melindungi pelawat/pengguna daripada risiko keselamatan. Funding Societies akan menggunakan Cookies ini untuk mengenalpasti pengguna/pelawat dan melindungi pengguna/pelawat dan hak/perkhidmatan pengguna/pelawat daripada mana-mana orang yang mungkin menggunakan data pengguna dengan cara yang tidak sah atau tidak dibenarkan.

  • Cookies untuk Pengurusan Laman Web
    Cookies ini digunakan untuk Laman Web mengenalpasti anda dan maklumat anda dari masa ke semasa apabila anda menggunakan perkhidmatan di Laman Web untuk melindungi anda daripada terputus sambungan tanpa pengetahuan anda. Sebaik sahaja anda menghalang jenis Cookies ini, semua Cookies lain akan dihalang secara serentak.

  • Cookies Pihak Ketiga
    Laman Web kami mungkin mengandungi beberapa pautan ke laman web atau platform media sosial yang dikendalikan oleh pihak ketiga contohnya, Facebook, Google, Tiktok dan Line. Laman web dan Cookies pihak ketiga ini disesuaikan dan diuruskan oleh pihak ketiga. Oleh itu, Cookies pihak ketiga tidak tertakluk kepada kawalan kami dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesan negatif Cookies pihak ketiga. Di samping itu, kami mengalakkan anda menyemak dengan teliti dasar Cookies oleh pihak ketiga tersebut.

Tukar Tetapan Cookies Anda

Jika anda berhasrat untuk menutup dan memadam kebenaran untuk menggunakan Cookies pihak ketiga untuk digunakan di Laman Web, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut arahan yang ditetapkan oleh pelayar web anda.

Laman Web Lain
Laman Web ini mungkin mempunyai penyambung ke laman web lain jika anda menekan pautan ke laman web lain yang membolehkan pihak ketiga mengumpul dan menyebarkan data anda. Funding Societies tidak mengawal laman web lain dan tidak bertanggungjawab terhadap notis privasi di laman web tersebut. Sebaik sahaja anda keluar Laman Web kami, Funding Societies mencadangkan anda membaca notis privasi setiap laman web yang akses.

Perlindungan Data
Sila ambil perhatian bahawa pengumpulan data melalui Cookies mempunyai pengumpulan beberapa data privasi (seperti yang dijelaskan di atas). Oleh itu penggunaan Cookies untuk pengumpulan data privasi adalah di bawah peruntukan dan notis privasi Funding Societies. Anda hendaklah mempertimbangkan butiran yang berkaitan dengan perlindungan dan perlindungan privasi data dalam notis privasi.

Indonesia

Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 3751 1114

Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144

Penagihan
[email protected]

Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia

Singapore

[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958

Sales Enquiries:
+65 6011 7534

112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902

Malaysia

[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208

Secondary contact
+603 2202 1013

Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur

Thailand

SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721

Investment
[email protected]
+66 62 197 8661

No. 29, Vanissa Building,
24th Floor, Room No. 2412 & 2414,
Soi Chidlom, Ploenchit Road,
Lumpini, Pathumwan,
Bangkok, 10330

Vietnam

[email protected]
(+84) 28 7109 7896

The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam

Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam

lockSSL Secure Site

Get the investor app

Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved. 

Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.

Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.