Funding Societies dan CGC lancar Skim Jaminan Portfolio PKS bagi memperluas akses pembiayaan digital untuk PKS Malaysia


President & Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak dan
Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies | Modalku, Kelvin Teo menyaksikan upacara penandatangani perjanjian Skim Jaminan Portfolio PKS Ketua di antara Ketua Pegawai Perniagaan CGC, Sean Tan dan Pegawai Operasi Kumpulan Funding Societies | Modalku dan Pengasas Bersama Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng.

KUALA LUMPUR, 14 April 2023 – Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS bersepadu terbesar di Malaysia & Asia Tenggara, dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah menandatangani perjanjian Skim Jaminan Portfolio Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan objektif bersama untuk memacu pertumbuhan PKS Malaysia dengan menyediakan akses pembiayaan yang lebih mudah.

Menerusi kerjasama ini, Funding Societies dan CGC melanjutkan tranche pertama pembiayaan sehingga RM10 juta di bawah Skim Jaminan Portfolio PKS melalui penyelesaian pembiayaan digital terkemuka Funding Societies untuk manfaat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berkelayakan kredit namun terpinggir dan kurang mendapat perhatian. Kerjasama ini turut menandakan kolaborasi strategik pertama antara CGC dan sebuah platform pembiayaan digital PKS.

Di bawah skim ini, PKS berkelayakan boleh memohon untuk pembiayaan antara RM50,000 dan RM500,000. PKS yang layak untuk Skim Jaminan Portfolio PKS ini akan mempunyai akses kepada pembiayaan untuk jangka masa yang lebih panjang dan menikmati kadar faedah keutamaan, terendah dalam kalangan portfolio pembiayaan Funding Societies yang sedia ada daripada segmen yang serupa, seterusnya memudahkan aliran tunai bulanan sambil mempertingkatkan prestasi perniagaan mereka, terutamanya dalam tempoh pasca pandemik ini.

Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Funding Societies | Modalku, Kelvin Teo, mengulas mengenai kerjasama ini, “Kami gembira kerana dapat mengukuhkan lagi kerjasama dengan CGC melalui Skim Jaminan Portfolio PKS ini. Dengan adanya skim ini, kami dapat memperluas akses kepada kemudahan pembiayaan untuk PKS yang terpinggir dan kurang mendapat perhatian dalam pasaran utama kami, iaitu Malaysia. Rata-rata PKS ini mungkin mempunyai model perniagaan yang berdaya maju namun tidak mempunyai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan melalui saluran pembiayaan tradisional. Kemudahan pembiayaan kami akan menyokong PKS sama ada untuk mengembangkan atau menampung operasi mereka, terutamanya ketika PKS sedang bangkit semula dalam tempoh pasca pandemik yang serba berdaya tahan ini. Untuk pelabur kami pula, Skim Jaminan Portfolio PKS turut mengurangkan risiko ketidakupayaan membayar balik pembiayaan oleh PKS.”

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, “CGC berbesar hati kerana dapat melancarkan skim Jaminan Portfolio (PG) ini dengan Funding Societies, kerjasama kami yang pertama dengan platform pembiayaan digital PKS. PG berjumlah RM10 juta ini akan membolehkan Funding Societies menawarkan kadar pembiayaan yang lebih rendah dan tempoh bayaran balik yang lebih panjang sehingga 60 bulan berbanding tempoh sekarang sehingga 18 bulan kepada PMKS yang terpinggir dan kurang mendapat perhatian. Kami yakin bahawa PG ini akan memberikan akses pembiayaan yang lebih baik kepada PMKS melalui platform digital. Selain daripada itu, kerjasama CGC dengan pemain bukan tradisional akan mengukuhkan lagi ekosistem kewangan yang penting untuk mendorong pertumbuhan dan pembangunan PMKS.”

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 1.2 juta PMKS mewakili 97% keseluruhan perniagaan berdaftar pada 2021 dan menyumbang hampir separuh daripada jumlah pekerjaan dalam tahun yang sama. Sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia, keupayaan PKS untuk mengambil bahagian dalam inisiatif pemulihan pasca pandemik adalah penting untuk pertumbuhan negara. Untuk terus bertahan, banyak PKS telah melupuskan aset peribadi mereka bagi menampung aliran tunai sambil mengecilkan saiz operasi. Pengenalan dasar kerajaan menerusi pakej sokongan dalam Belanjawan 2023 Malaysia Madani, beserta kerjasama dalam kalangan sektor swasta, seperti Funding Societies dan CGC, akan membantu dalam kemajuan ekonomi Malaysia secara mampan.

Skim Jaminan Portfolio PKS ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Funding Societies | Modalku dan Pengasas Bersama, Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng bersama Sean Tan, Ketua Pegawai Bisnes, CGC Malaysia. Ia disaksikan oleh Teo dan Datuk Mohd Zamree.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Jaminan Portfolio PKS atau kemudahan Pembiayaan Berjangka Perniagaan Funding Societies, sila kunjungi https://fundingsocieties.com.my/term-financing.

Indonesia

Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 3751 1114

Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144

Penagihan
[email protected]

Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia

Singapore

[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958

Sales Enquiries:
+65 6011 7534

112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902

Malaysia

[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208

Secondary contact
+603 2202 1013

Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur

Thailand

SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721

Investment
[email protected]
+66 62 197 8661

No. 29, Vanissa Building,
24th Floor, Room No. 2412 & 2414,
Soi Chidlom, Ploenchit Road,
Lumpini, Pathumwan,
Bangkok, 10330

Vietnam

[email protected]
(+84) 28 7109 7896

The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam

Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam

lockSSL Secure Site

Get the investor app

Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved. 

Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.

Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.